Thursday, April 15, 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN TERJUN
FASA 1/2010
14 & 15 APRIL 2010
TEMPAT : SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT


Merujuk kepada post berkenaan Program Mengenalpasti Bakat Sukan Terjun di sekolah-sekolah yang lepas, berikut adalah beberapa laporan sepanjang program dijalankan.
Selama 2 hari pemilihan tersebut di sekolah-sekolah, Jurulatih Penuh Masa iaitu Miss Agnes Wong telah berjaya memilih seramai 82 orang pelajar yang akan di buat pemilihan lebih terperinci lagi pada 18/04/2010 iatu pada hari ahad ini di Kolam Renang MBJB Larkin. Pada hari itu, ibubapa telah dijemput hadir untuk turut serta menyaksikan bagaiman sesi latihan terjun dijalankan dan satu sesi penerangan oleh Pegawai Pembangunan Negeri akan diadakan bersama ibu bapa untuk memberi penerangan lebih terperinci akan bagaiman program Pelapis ini dijalankan. Ini kerana kebanyakkan ibu-bapa masih lagi tidak memahami akan tujuan dan objektif program ini dijalankan. Dengan sesi penerangan ini juga diharap akan memberi kesedaran kepada ibubapa akan kepentingan sukan terhadap seseorang pelajar. Sokongan moral dan semangat yang diberi oleh ibubapa kepada pelajar adalah amat penting bagi membangunkan sukan Terjun di Johor dan Malaysia. Diharap dengan usaha ini, lebih ramai lagi penerjun yang baik mampu dilahirkan di negeri Johor ini. Moga usaha ini mendapat kerjasama dari semua pihak yang terlibat atau tidak terlibat secara langsung. Terima Kasih diucapkan. Sekian.

Wednesday, April 14, 2010

Tuesday, April 13, 2010

PROGRAM MENGENALPASTI BAKAT SUKAN TERJUN
TARIKH : 14-15 APRIL 2010

SEKOLAH-SEKOLAH TERLIBAT:
  1. SK Tanjung Puteri
  2. SJKC FOON YEW 1
  3. SJKC FOON YEW 2
  4. SJKC FOON YEW 3
  5. SK ANGKATAN TENTERA
  6. SK INFANT JESUS CONVENT

Pada 14 dan 15 April 2010 satu Program Mengenalpasti Bakat Sukan Terjun akan dijalankan di sekolah-skolah yang disebut diatas. Tujuan program ini diadakan adalah bagi mencari bakat-bakat baru untuk diserap ke dalam program Pelapis Johor dan akan dilatih dengan bimbingan Jurulatih yang berpengalaman dengan latihan yang bersistematik. Program tertumpu kepada pelajar di tahun 1 iaitu yang berumur 7 tahun sahaja kerana penglibatan bagi sukan terjun haruslah bermula dari awal persekolahan lagi agar fizikal pelajar mudah dilentur dan senang di bentuk kerana kelenturan badan seseorang pelajar amatlah penting bagi menjadi seorang penerjun yang baik. Pihak USPTN amat berterima kasih kepada Pihak Unit Sukan Jabatan Pelajaran dan Guru Besar di setiap Sekolah kerana telah membenarkan program ini dijalankan. Moga dengan usaha sama ini Negeri Johor akan mampu melahirkan atlet-atlet terjun terbaik dan setanding negeri-negeri lain.
Sekian.

Recent Comments

 


Blogger Template By LawnyDesignz