Pencarian Bakat Baru Sukan Terjun telah mula dijalankan pada awal tahun 2010 ini iaitu dengan kaedah mempromosikan dan mengagihkan maklumat program ini kepada orang awam terutamanya ibu-bapa. Sememangnya pada setiap tahun Program Mengenalpasti Bakat (TID) Terjun wajib dijalankan ke sekolah-sekolah kebangsaan bagi mencari pelajar di antara umur 7-8 tahun, dan pada tahun ini satu kaedah baru telah digunakan di mana maklumat melalui "brochure" akan diedarkan ke sekolah-sekolah pra sekolah seperti yang telah disenaraikan adalah Tadika Kemas, Smart School reader Kids dan PRA-PRA sekolah di sekolah-sekolah Kebangsaan. Dimana target awal kali ini adalah pelajar dilingkungan umur 5-6 tahun. Bagaimana pun, kaedah ini masih lagi di tahap permulaan, dan pihak Pelapis Johor berharap dengan pendedahan seperti ini akan menarik minat lebih ramai pelajar dan ibu-bapa untuk melibatkan diri dalam arena sukan Terjun (Akuatik). Bagi sesiapa yang berminat di luar sana, bolehlah membaca lampiran dibawah. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah terus menghubungi Pegawai Pembangunan Sukan Terjun, iaitu Cik Radziah di talian 012-2456853. Bersedialah anda di luar sana, kerana mungkin anak-anak andalah bakal menjadi Penerjun negara.
0 comments
Post a Comment